Sunday, 17 July 2011

Kursus / Latihan Penyiasatan Asas & Pencegahan Jenayah

Pada 16 Jun 2011 yang lalu Unit Keselamatan dengan kerjasama Unit Latihan UPSM telah menjemput pihak Polis Di Raja Malaysia IPD Kota Bharu untuk menyampaikan kursus berkaitan Penyiasatan Asas & Pencegahan Jenayah. Wakil daripada PDRM ialah DSP Goh Lee Fook Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Daerah IPD Kota Bharu, Kelantan. Seramai 33 peserta telah menghadiri kursus berkenaan. Disini dilampirkan beberapa keping gambar sepanjang kursus berkenaan berlangsung.